Salam Sejahtera Pembaca Budiman
Bagaimana
dengan tip yang saya berikan beberapa
hari lepas ya?
ha..lupa ye.. takpe... boleh baca nya di post yang lepas melalui link di bawah
:- https://koleksipanduankerjaya.blogspot.com/2022/11/tips-jimat-dan-simpan-duit-sebelum.html
Jika
sudah baca , Sudahkah anda buat dan lakukannya?
Jika sudah... boleh saya tahu berapa
ringgitkah RM yang berjaya anda jimatkan untuk bayaran komitmen pada bulan
hadapan? Teringin juga saya nak tahu!
Baiklah!
Di dalam artikel ini saya nak berikan Tips Power Jimat Duit yang Nombor 2
pula.
Tipsnya
ialah....
.
.
.
.
.
.
TIPS
2 : HARI TANPA DUIT!
Hari
tanpa duit? Hah! macam mana tu?
Begini
caranya.... Jika anda sedar... boleh dikatakan,
hampir setiap hari.. anda akan keluarkan duit!
Perasan
tak?
Dari pagi mula keluar rumah, beli sarapan,
beli suratkhabar, kemudian bayar tol, isi minyak, makan tengahari, bayar
parking, balik nanti bayar tol lagi, kemudian singgah gerai tepi jalan beli
goreng pisang atau kuih-muih, kemudian malam lepak kedai mamak lagi dan
sebagainya.
Boleh
dikatakan.. setiap hari.. hampir setiap hari kita akan keluarkan duit dari
poket kita..!
Jadi,
untuk tips no 2 ini... saya ingin mencabar anda.
Dalam
tempoh seminggu... anda pilih 1 hari! Pilih 1 hari sahaja...
Dimana,
pada hari tersebut.. anda perlu tahan
diri dan berjanji takkan keluarkan duit 1 sen pun dari poket atau dompet anda !
Boleh?
Rasa
macam mustahil ke?
Jika
rasa mustahil... mungkin anda boleh mulakan dulu dengan hari cuti !
Pada
hari tersebut, cuba untuk tidak
keluarkan sebarang duit dari dompet/poket. Pendek kata, hari itu, adalah hari
tanpa duit!
Jika
ada buat apa-apa aktiviti, cuba buat aktiviti yang tidak memerlukan anda
mengeluarkan sebarang duit.
Pada
mulanya memang terasa agak sukar... Saya sendiri... masa mula-mula buat
"hari tanpa duit" pun, memang terasa sukar.
Tapi,
bila saya dah berjaya lalui hari tersebut tanpa mengeluarkan sesen pun! Dia
punya rasa seronok dan teruja itu lain macam.
Mula-mula
saya buat 1 hari dalam seminggu...
Kemudian
saya upgrade jadi 2 hari seminggu tanpa duit...
Kemudan,
naik lagi.. 3 hari tanpa duit dalam tempoh seminggu!
Jika
dulu, dalam dompet saya, biasanya saya peruntukkan RM200 untuk kegunaan
seminggu.
Tapi
bila saya amalkan tips "hari tanpa duit", saya hanya masukkan RM50 sahaja duit dalam
dompet untuk kegunaan seminggu!
Salah
satu faktor kita sering tidak cukup duit sebenarnya adalah disebabkan tabiat
kita yang suka berbelanja tanpa kita sedar.
Beli
goreng pisang RM5.
Beli
air di petronas RM3.
Beli
jajan anak RM2.
Kadang-kadang
tu, takde sebab pun kita perlu beli sesuatu barang tu.. tapi sebab ada duit
dalam dompet dan rasa haritu takde beli apa-apa lagi.. maka kita pun beli
sahaja apa-apa, mula-mula ingat nak beli jajan untuk anak-anak RM4-5 ringgit,
tapi kemudian terbeli sampai RM30.
Benda-benda
kecil inilah sebenarnya yang men"ghaib"kan duit kita tanpa kita
sedar. Ia hilang sikit.. sikit.... Tapi
bila dikumpulkan dan dikira.. jumlahnya agak besar juga sebenarnya.
Oleh
itu, bila kita amalkan hari tanpa duit, maka ianya akan serba sedikit dapat
menyedarkan kita tentang perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu tersebut.
Apabila
mahu keluarkan duit sahaja... kita akan teringat! Oh! hari ini hari tanpa duit! Tak boleh beli!
Cubalah!
Dan rasai sendiri keajaibannya.
Baiklah!,
itulah sahaja tips untuk kali ini.
Jangan
lupa untuk amalkan tau!
Insyallah kita bertemu lagi di tips yang seterusnya di artikel yang akan datang .
Dapatkan tips tips percuma tambahan bagaimana nak jimat duit dengan menekan imej di bawah :-
0 Comments