Bagaimana Kita Nak Hadapi Krisis Ekonomi Dunia



Alhamdulillah!  Dah masuk bulan 11 tahun 2022.  Tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi untuk masuk ke tahun 2023.

Untuk tahun 2023, pakar-pakar ekonomi serta bank dunia, meramalkan akan berlakunya kegawatan ekonomi global menjelang awal tahun hadapan.

Dengan kadar inflasi yang semakin meningkat di seluruh dunia, isu perang Rusia-Ukraine, kelembapan ekonomi China... dan terbaru, ketegangan antara Greece-Turki pula.. ianya menjadi tanda-tanda yang kuat, ekonomi dunia akan mengalami kegawatan seawal tahun 2023.

Apakah persediaan yang boleh kita lakukan?

Ada 3 perkara yang kita boleh lakukan sebagai langkah persediaan awal menghadapi gelombong kemelesetan ekonomi global yang dijangka akan berlaku pada awal tahun 2023 kelak!

1. Pastikan Cashflow Bulanan Kita Positif!

 Apa yang dimaksudkan dengan "cashflow bulanan".. bahasa mudahnya.. "duit keluar-masuk" setiap bulan dalam akaun bank/poket kita.

Pastikan Income yang kita perolehi setiap bulan... adalah lebih banyak dari perbelanjaan keperluan bulanan kita.

Setelah bayar semua perkara tu.. pastikan kita masih ada lagi wang lebihan (cashflow positif)

Income - Belanja = Positif (masih ada baki!)

Ini perkara pertama yang kita kena pastikan!

Tetapi, jika cashflow kita negatif... Dimana, setiap bulan, kita asyik kekurangan duit.. setiap bulan terpaksa korek tabung atau pinjam kawan-kawan dan berhutang...

Maka, kita kena ceat-cepat "fix" perkara tersebut. Kalau kita tak fix ia cepat-cepat, nanti, jika betul-betul berlaku kemelesetan ekonomi global, ia akan menyebabkan kewangan kita bertambah lebih teruk dan parah, serta amat sukar untuk diperbaiki!

Macam mana nak "fix" cashflow yang negatif?

Hanya ada 2 cara...

1. Kurangkan Belanja.

2. Tambahkan Income

Itu sahaja caranya... anda boleh buat salah satu.. atau buat kedua-duanya sekali!

Macam mana nak buat?  Untuk kurangkan belanja.....ada banyak cara... panjang kalau nak di ceritakan! Paling mudah, anda boleh dapatkan ebook 123 Tips Jimat ... dalam tu ada cerita secara details dan panjang lebar.

Tengok kat sini  TEKNIK JIMAT SEMUDAH 123

Untuk tambahkan income pula.... Ini pun ada banyak cara..... Anda boleh berniaga ataupun buat kerja part time.. jika ada modal besar sikit.. boleh juga buat trading/pelaburan ..

Saya senaraikan web web yang membuka peluang untuk anda menambahkan income anda  , Antaranya ialah

Jual  air balang                                  NIAGA AIR BALANG

Jual aiskrim homemade                      JUAL AISKRIM DARI RUMAH   

Buat dan jual roti homemade        BUAT DAN BISNES ROTI DAN BAKERI DI RUMAH


Tak tahu nak buat semua tu? Anda kena belajar! Upskill!

Inilah masa untuk anda tambah ilmu & kemahiran baru..

Anda perlu cari dan belajar ilmu-ilmu baru.. ilmu-ilmu yang boleh bantu anda untuk tambah pendapatan anda.

Tak boleh lagi tangguh-tangguh ataupun mengharapkan bantuan dari bos, jiran, kawan, kerajaan dan orang lain.

Anda perlu berusaha dan berikhtiar sendiri!

Anda perlu lakukan sesuatu untuk perbaiki cashflow bulanan anda..

Hanya ada 2 bulan sahaja lagi sebelum tahun 2022 berakhir.

Perlu bertindak segera!  Anda  berjaya, saya tumpang gembira....

Ops... lagi 2 tips , saya akan kongsikan di post yang akan datang....

 

 

Post a Comment

0 Comments