Faktor luaran adalah perkara-perkara yang menarik yang berada di luar rumah, berhampiran homestay. Contohnya seperti.. ada taman tema, hutan rekreasi, air terjun, pantai, tempat makan dan sebagainya.
Tetapi faktor ini bukan lagi menjadi faktor penentu kerana homestay juga sudah di perlukan di kawasan kawasan selain dari di atas. Keperluan itu timbul atas sebab menjalankan kerja luar dari kawasan kediaman , menghadiri majlis majlis keramaian saperti majlis perkahwinan , hari kebesaran saperti Hari Raya.
Ini sudah
saya jelaskan di dalam posting yang lalu.
Faktor dalaman pula adalah tentang kelengkapan dan kecantikan homestay tersebut. Terutama sekali dalam bab hiasan dalaman.
Pernah saya terjumpa pengusaha homestay di kampung, yang menghias homestay beliau seperti hiasan dalaman ala-ala hotel. Lebih menarik lagi, di homestay beliau juga ada dibuat kolam renang yang kecil.
Walaupun homestay tersebut tidak berdekatan dengan tempat-tempat menarik, tetapi, disebabkan kecantikan hiasan dalaman serta kolam mandi yang ada di homestay tersebut, maka ramai orang kampung itu sendiri yang menyewa homestay tersebut berbanding orang dari luar.
Sebabnya, ramai orang di sekitar kampung yang ingin merasa suasana tinggal di hotel dan bermandi kolam untuk 1-2 hari.
Apa yang kita dapat dari informasi di atas ialah ....
0 Comments