10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TERLIBAT DALAM BISNES TUDUNG ?
.
.
Di Malaysia, tudung merupakan satu keperluan pakaian yang
khusus untuk wanita beragama Islam. Dianggarkan terdapat lebih kurang 16 juta
umat Islam di Malaysia dan separuh daripadanya adalah bertudung.
.
Fenomena bertudung semakin rancak apabila ramai artis
berhijrah untuk turut bertudung.Dewasa ini juga tumbuhnya banyak butik-butik
tudung terkenal.Selain itu, terdapat juga fesyen show untuk tudung muslimah.
Keadaan ini akan menjadi lebih rancak dan sangat berpotensi untuk dikembangkan.
Terdapat banyak sebab kenapa industri ini telah melahirkan jutawan senyap atau
sebaliknya.
.
1) Saiz Pasaran Besar
.
Betul ke pasaran tudung di Malaysia besar??
Secara kasarnya terdapat 8,000,000 (8 juta) orang wanita
beragama Islam di Malaysia. Dengan kata lain, potensi pelanggan anda adalah
seramai 8 juta orang
Sekiranya diambil kiraan kasar, setiap seorang membeli
sehelai tudung berharga RM20 setiap bulan, maka:
.
8,000,000 orang x RM20
= RM 16,000,000 sebulan
RM16,000,000 x 12 bulan = RM192,000,000 setahun
.
Secara kasarnya, mengikut kiraan di atas, saiz pasaran
adalah lebih kurang 200 Juta setahun. Cuba kita tanya wanita sebelah kita,
berapa jenis tudung yang dimiliki sekarang?
.
Paling minimum cukup untuk seminggu pakai iaitu 7 helai
seorang.Itu untuk orang yang duitnya kurang seperti pelajar. Kalau yang dah
bekerja? Pastinya tak terkira kerana terlampau banyak. Kuasa membeli tudung
adalah lebih banyak berbanding pakaian lain. Inilah hakikat yang perlu kita
ketahui.
.
2) Keperluan Wanita
.
Senario diatas berlaku kerana tudung merupakan satu
keperluan asas di Malaysia terutama kepada wanita yang beragama islam.
.
Adalah tidak lengkap sebagai wanita islam di Malaysia hari
ini kalau keluar tidak bertudung. Ini kerana tuntutan agama yang mewajibkan
menutup aurat.
.
Selain itu, walaupun wanita itu tidak mengamalkan kehidupan
sehariannya untuk bertudung, wanita tersebut juga mempunyai stok
tudung mereka untuk majlis-majlis tertentu.
.
Dalam pada itu, tudung juga telah menjadi trend yang popular
di Malaysia. Ini dibuktikan dengan wujudnya pelbagai program televisyen khas
yang mengetengahkan fesyen-fesyen terkini tudung.
.
3) Pelanggan Ramai
.
Berdasarkan fakta-fakta diatas terbukti pelanggan kepada
tudung adalah sangat ramai.
.
Cuba kita lihat Fan Page Facebook jenama tudung terkenal,
jumlah like untuk page yang biasa purata berjumlah lebih 100,000. Tidak
mustahil terdapat Fan Page yang mencecah hampir 1 juta.
.
Selain itu, masyarakat non-muslim juga ada membeli shawl
untuk sebagai penebat haba, fesyen dan gaya moden. Jadi jangan hairan kalau
dikalangan pelanggan nanti adalah daripada non-muslim.
.
4) Wanita Obses Membeli dan Mudah Terpengaruh
.
Wanita adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dengan
kecantikan terutama fesyen-fesyen tudung yang terkini yang akan memperlihatkan
mereka sebagai seorang wanita yang sentiasa up-to-date dalam pemakaian tudung.
.
Oleh itu,setiap kali keluaran fesyen terkini akan dibeli
oleh golongan wanita yang sama. Proses pembelian ini akan berulang setiap kali
fesyen terbaru yang dikeluarkan
.
5) Pembelian Ulangan Tinggi
Satu lagi fakta yang kena kita PERLU tahu dan terima iaitu
pembelian ulangan untuk tudung juga sangat tinggi. Antara faktor yang
merancakkan lagi pembelian ulangan apabila keluarnya design-design atau
fesyen-fesyen yang kontemporari mengikut kemajuan zaman.
.
Oleh itu pembelian seperti tidak behenti-henti, sentiasa
sahaja akan ada berpusu-pusu mencari tudung baru setiap masa. Awal bulan,
tengah
bulan atau hujung bulan.
.
6) Peningkatan Yang Luar Biasa Menjelang Musim Perayaan
.
Yang pasti peningkatan jualan sehingga 300% apabila
menjelang musim perayaan. Masa yang tepat untuk bermula dan memperoleh limpahan
keuntungan.
.
Dengan ilmu betul, kesungguhan dan strategi yang terbaik
kita mampu menjana wang melalui bisnes ini secara part-time atau full-time.
.
7) Kos Rendah, dan Kurang Risiko
.
Hanya perlu bermula dengan kos yang rendah, tapi margin
untung yang tinggi dari 100%.
.
Rahsia sebenar untuk memaksimumkan keuntungan adalah dengan
mengetahui Lubuk Pengeluar Tudung. Informasi ini akan menjadi pemangkin untuk
kita lebih mudah dan cepat berjaya dalam bisnes ini.
Lubuk Tudung akan menjadi rahsia besar peniaga-peniaga
tudung yang berjaya.
.
Selain itu, kos pemasaran juga boleh dikurangkan dengan
teknik-teknik tertentu dan terbukti berkesan.
.
8) Boleh Simpan Stok Untuk Tempoh Masa Yang Lama
.
Jika kita membeli stok yang banyak kita tidak akan rugi
seperti mana kita menjual makanan. Stok tudung yang kita ada tidak akan rosak
jika disimpan dengan keadaan yang baik.
.
Jangan risau permintaan tudung yang akan terus mendapat
sambutan jika kita mengetahui beberapa garis panduan jenis-jenis tudung yang
akan “HOT” dan “TRENDY”. Setiap tahun pasti ada trend terbaru.
.
9) Boleh Pasarkan ke Seluruh Dunia Islam
.
Pasaran tudung juga boleh berkembang sehingga ke luar negara
terutama negara majoriti Islam.
.
Sebagai contoh pasaran akan merebak melalui pelajar-pelajar
Malaysia yang belajar di luar negara. Ditambah pula dengan fakta ramai rakyat
UK/US terutamanya telah memilih Islam sebagai pegangan hidup.
.
Masyarakat Islam Malaysia antara yang memakai tudung dengan
pelbagai gaya dan fesyen. Oleh itu, tidak mustahil negara lain akan merujuk
negara kita suatu hari nanti. Jika kita antara yang terlibat dalam industri
ini, tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan menjadi perintis dan
peneraju perkembangan industri tudung di dunia.
.
10) Senang, Mudah dan Cepat Untuk Mula Berniaga
.
Perniagaan tudung antara yang senang, mudah dan cepat untuk
bermula menjana pendapatan.
.
Anda boleh pilih untuk bermula mengikut kemahiran yang ada.
Jika anda jenis peramah, anda boleh mulakan dengan market offline. Kebanyakan
orang akan beli bukan disebabkan produk anda, tetapi disebabkan keramahan atau
untuk support bisnes anda.
.
Kalau anda jenis pemalu / tidak suka bercakap atau lebih
gemar gunakan komputer atau internet, maka anda boleh mulakan bisnes secara
online.
.
Ramai telah berjaya sama ada menggunakan strategi offline
atau online. Anda perlu pilih mana satu yang sesuai untuk anda. Jika anda mahir
kedua-duanya lagi bagus!
.
Mungkin kita akan bermula dengan menjana sumber pendapatan
sampingan untuk peringkat awal.
.
Industri tudung mempunyai peluang yang terbentang luas dan
berpotensi tinggi jika kita melibatkan diri dengan keyakinan, visi yang jelas
dan tindakan yang terbukti boleh berjaya menjadi TAIKUN BISNES TUDUNG.
.
Untuk sekian kalinya, strategi dan ilmu yang betul akan
memudahkan, menyenangkan dan mempercepatkan perkembangan untuk terus berjaya
dalam industri ini.
.
Oleh itu Cik Madihah yang berpengalaman di dalam bisnes tudung online telah bukukan segala ilmu, strategi dan
pegalaman beliau selama beliau menjalankan bisnes ini dari awal permulaanya sehinga
sekarang di dalam sebuah buku digital yang diberi tajuk RAHSIA BISNES TUDUNG, untuk
paduan anda yang benar-benar ingin berjaya dalam perniagaan tudung ini.
.
Anda boleh dapatkanya sekarang, Clik gambar dibawah UNTUK
INFO LANJUT
.
0 Comments