TIPS JIMAT DAN SIMPAN DUIT SEBELUM KRISIS MELANDA

 

Di dalam  kita menghadapi  kitaran ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ada beberap perkara yang kita boleh rancangkan dan ambil tindakan sebagai persediaan  untuk kita  menghadapi kemelutan kewangan yang mungkin akan kita hadapi.


Dua  perkara asas di dalam  merancang cashflow ataupun kitaran tunai kita ialah


1. Mencari peluang peluang menambah pendapatan sedia ada

2. Mengambil langkah berjimat cermat yang sepatut nya... Tidak terlalu menekan.

 

Saya sudah pun menerangkan di dalam artikel yang lalu peluang peluang yang ada di dalam mencari side income atau pendapatan tambahan

https://koleksipanduankerjaya.blogspot.com/2022/11/bagaimana-kita-nak-hadapi-krisis.html


Di dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda  10 TIPS POWER berkaitan dan simpan duit anda. Tips ini saya perolehi dari rakan saya yang arif di dalam mengurus kewangan dengan baik.

Namun begitu, saya tidak akan beri 10 tips tersebut secara sekaligus....

Tetapi... saya akan berikan ia secara satu demi satu, supaya anda dapat hadam dan amalkan ia terus sebaik sahaja membaca tips tersebut.

 

Baiklah! Untuk tips yang pertama ini...

 

Tips yang ingin saya sampaikan adalah berkaitan "Bayaran Bulanan".

 

TIPS #1 : SEMAK SEMULA BAYARAN BULANAN ANDA

 

Ya! Ini adalah langkah pertama dan merupakan langkah yang PALING PANTAS untuk anda perbaiki kedudukan kewangan anda secara SERTA-MERTA!

 

Anda buat tips ini pada bulan ini!  Insyallah... confirm.. kedudukan kewangan anda akan terus bertambah baik pada bulan depan!

 

Baiklah! Sekarang luangkan masa 5 minit. Ambil sekeping kertas dan sebatang pen. Kemudian....

 

Tulis dan  senaraikan semua perkara yang anda perlu bayar setiap bulan beserta  jumlahnya.

 

Contohnya...

 

Sewa / Hutang rumah...... RM XXX

Hutang Kereta .... RM XXX

Hutang Motorsikal...... RM XXX

Hutang Kad Kredit ...... RM XXX

Hutang PTPTN....... RM XXX

Hutang Personal Loan...... RM XXX

Caruman ASBLoan......RMXXX

Hutang Court Mammoth/Senheng...... RM XXX

Bil Air...... RM XXX

Bil Elektrik...... RM XXX

Bil Telefon...... RM XXX

Bil Internet/Unifi...... RM XXX

Bil Astro...... RM XXX

Bil Penapis Air (coway/cuckoo)...... RM XXX

Yuran Sekolah Anak...... RM XXX

Yuran Gym...... RM XXX

Yuran Van Sekolah...... RM XXX

Yuran Keselamatan Taman/Apartment...... RM XXX

Yuran Taska / Yuran Pengasuh...... RMXXX

Caruman Takaful/Insuran...... RM XXX

Caruman Medical  Card...... RM XXX

Langganan iflix/netflix...... RM XXX

Duit ibu/bapa...... RM XXX

Nafkah Isteri...... RM XXX

Belanja sekolah anak-anak...... RM XXX

Kad Touch N Go...... RM XXX

Kad Akses Parking Bulanan...... RM XXX

Ambil sedikit masa.... fikir dan  ingat semula semua bayaran anda bayar pada setiap bulan. Senaraikan seeeeeeeeeemmmmuaaanya!


 




Sedar atau tidak... Anda mungkin akan terkejut tentang perkara-perakara perlu anda bayar pada setiap bulan. Banyak rupanya! Patutlah anda asyik tak cukup duit je setiap hujung bulan!

 

Ok!... setelah anda sudah senaraikan semuanya.... Sekarang.. anda perlu lihat semula setiap perkara tersebut.

 

Anda perlu luangkan lagi sedikit masa untuk menilai setiap perkara yang anda bayar tersebut.

 

Anda perlu BUAT PENILAIAN SEMULA!

 

Adakah bayaran tersebut.... BOLEH DIHENTIKAN atau  DIKURANGKAN?

 

 

Contohnya.....

 

Bil Astro....  bolehkah ianya dibatalkan? atau dikurangkan (tukar pakej basic) atau diubah kepada pilihan yang lebih murah seperti NJOI / UnifiTV?

 

Saya dulu pun pernah pasang Astro juga.. tapi kemudian, saya ambil keputusan untuk potong dan hentikan terus langganan saya... hasilnya saya dapat jimat RM80 sebulan.

 

Mula-mula tu, kasihan juga pada anak-anak sebab mereka tak dapat tengok cerita kartun lagi! Tapi.. kesedihan itu cuma 1 minggu sahaja...Lepastu... mereka ok je!!

Langsung tak tengok tv dah sekarang! Lebih banyak baca buku dan buat aktiviti yang lebih s ihat dan berfaedah.. :)

 

 

Bil telefon.. bolehkah ianya dikurangkan? atau ditukar kepada pakej telco lain yang lebih murah?  Pengalaman saya.. dahulu saya gunakan telco MAXIS.... sebulan bayar RM90-RM120, saya bayar je setiap bulan sebab dah lama pakai dan sudah rasa selesa.  Jadi, malas dah nak tengok pakej-pakej promosi dari  telco lain.

 

Tapi  kemudian, pada satu hari... saya telah luangkan masa sehari, untuk lihat pakej-pakej telefon dari telco lain dan mula membuat perbandingan. Saya cari dan pilih-pilih pakej yang sesuai dengan cara penggunaan saya.

 

Saya jarang sangat buat panggilan telefon, begitu juga SMS.Tentang data? juga amat kurang guna kerana saya sentiasa guna wifi.

 

Setelah buat perbandingan pakej-pakej tersebut dan lihat cara penggunaan saya..

Barulah saya tersedar, rupa-rupanya saya sudah terlebih bayar selama ini.

 

Akhirnya, saya tukar ke telco lain, tetapi masih mengekalkan nombor yang sama.

Di telco baru (REDONE), saya hanya bayar sekitar RM15 sahaja setiap sebulan!

Besar gilerrr perbezaannya! Banyak duit yang dapat saya jimatkan!

 

Itu baru 2 perkara sahaja saya batalkan dan ubah! Ianya sudah pun memberikan penjimatan hampir RM200 kepada saya setiap bulan.

 

Banyak lagi perkara yang saya UBAH DAN BATALKAN! Hinggalah kepada langkah yang besar & drastik seperti membuat refinance loan rumah & kereta!

 

Tapi untuk langkah permulaan ini... Kita semak dan ubah dulu perkara-perkara kecil.

 

Dengan hanya menyemak semula apakah yang kita bayar pada setiap bulan.

Baru kita tahu  banyak wang yang boleh kita  jimatkan pada setiap bulan!

 

Boleh?


Moga tips yang saya kongsikan ini  dapat  membantu anda di dalam mengawal aliran tunai kewangan anda dan boleh memulakan tabiat menyimpan  sedikit demi sedikit.... InsyAllah.




Post a Comment

0 Comments