21 IDEA BISNES BERKAITAN SABUN
Untuk memulakan bisnes sabun, anda tidak perlu belajar
sehingga mahir semua teknik pembuatan sabun yang kami ajarkan dalam ebook
Bisnes Sabun, cukup hanya mahirkan diri dengan salah satu teknik untuk bermula .
Anda boleh mix & match idea-idea berikut untuk bina perniagaan yang unik untuk diri anda sendiri. Semuanya anda Semuanya anda boleh lakukan di rumah secara online. Disini, saya berikan anda 21 Idea Bisnes berkaitan sabun yang boleh anda lakukan jika anda sudah mempunyai ilmu berkaitan teknik pembuatan sabun.
IDEA 1: AMBIL TEMPAHAN BUAT SABUN
Belajar membuat sabun membolehkan anda mencipta pelbagai resipi dan ramuan sabun yang terbaik untuk kulit. Ini bermakna anda mempunyai kelebihan untuk membantu orang lain yang memerlukan sabun khusus untuk keperluan harian mereka. Anda boleh membuka tempahan atau menjual sabun yang memenuhi keperluan tersebut.
IDEA 2: MENJUAL PERALATAN DAN AKSESORI MEMBUAT SABUN
Sebelum seseorang boleh mula membuat sabun, dia perlu mempunyai beberapa peralatan di tangan.
Beberapa peralatan serta aksesori seperti alat khas pemotong sabun, acuan sabun,
pencetak logo sabun, termometer, stick blender, spatula plastik atau silikon
dan banyak lagi.
Anda boleh menjualnya secara terus kepada pelanggan jika anda mempunyai tempat
atau kedai untuk menyimpan barang-barang ini. Tetapi jika anda tiada tempat
yang sesuai, maka anda boleh menjualnya
secara dalam talian secara dropshipping.
IDEA 3 : MEMBEKALKAN MINYAK MEMBUAT SABUN
Salah satu aspek terpenting dalam mana- mana resipi sabun ialah minyak, lemak atau butter yang anda pilih. Walaupun kebanyakkan minyak ini mudah diperolehi di pasaraya, ada juga yang hanya boleh ditemui ditempat tertentu sahaja dan harganya agak mahal. Contohnya seperti minyak argan, shea butter atau jojoba oil.
Anda boleh mencari syarikat atau kilang yang menjual minyak ini dan membelinya secara borong dengan mereka. Anda boleh menjadi pembekal minyak tersebut dan menjualnya secara terus kepada pembuat sabun yang lain .
IDEA 4 : BUAT BOM MANDI WANGI – BATH BOMB
Bom mandi atau bath bomb ialah campuran bahan-bahan kering padat keras yang
akan engeluarkan berbuih apabila
dibasahkan dengan air. Kebanyakan bahan campurannya menggunakan bahan yang
sama dengan bahan yang anda campurkan ke dalam sabun,
jadi mudah untuk anda mendapatkan bekalannya. Jika anda kreatif, anda boleh
mula membuat bom mandi ini untuk dijual
bersama dengan produk sabun homemade anda.
Bom mandian ini digunakan untuk menambah minyak pati,
haruman, buih atau warna pada air takungan di tub mandian. Apabila baking soda dan asid sitrik bercampur
dan kemudian dimasukkan ke dalam air, mereka mengalami tindak balas kimia.
Tindak balas menghasilkan banyak buih dan menghasilkan satu mandian yang mewah, harum dan mempunyai khasiat yang baik
untuk kulit..
IDEA 5 : MEMBUAT DAN MENJUAL SABUN BERASASKAN 100% ORGANIK
Sabun organik ialah sabun yang dibuat dengan bahan organik sahaja. Sabun organik
lebih baik untuk kulit anda. Ia mengandungi bahan semulajadi seperti minyak
asas yang berasal dari tumbuhan, gliserin dan minyak pati.
Oleh kerana sabun organik mengandungi bahan semula jadi,
ia bukan sahaja berfungsi untuk
membersihkan kulit tetapi turut memulihkannya.
Kebanyakan sabun organik mempunyai sifat penyembuhan yang
boleh menyumbang kepada rawatan ekzema, jerawat dan keadaan kulit yang lain.
Anda boleh memfokuskan pembuatan sabun
anda pada sabun 100% organik, iaitu tanpa pewangi dan pewarna sintetik.
IDEA 6: MEMBUAT DAN MENJUAL SABUN CASTILE (100% OLIVE OIL)
Sabun Castile ialah berasaskan 100% minyak zaitun yang
berasal dari wilayah Castile di Sepanyol.
Sabun castile adalah sabun yang lembut dan sesuai untuk
semua jenis kulit sensitif dan juga kulit bayi. Ia membantu membersihkan kulit
anda tanpa mengeringkannya. Ia sabun yang popular dan sering dicari oleh orang
ramai yang memilih produk berasaskan bahan semulajadi
IDEA 7: MEMBUAT DAN MENJUAL SABUN MANDI BAYI
Sabun mandian merupakan antara keperluan bayi yang sangat penting selain daripada makanan dan lampin. Anda boleh menghasilkan sabun bayi yang lembut menggunakan bahan semulajadi seperti minyak zaitun yang berkualiti. Ia boleh membersihkan kulit bayi dengan lembut tanpa merengsakan atau mengeringkannya.
IDEA 8: MEMBUAT DAN MENJUAL SET SABUN BERPANTANG
Sabun Lulur atau scrub untuk badan dan muka adalah antara rawatan yang diperlukan oleh ibu-ibu dalam berpantang . Anda boleh menggunakan bahan herba yang biasa digunakan ibu-ibu berpantang
dan menjadikannya dalam bentuk sabun. Anda juga boleh
menyertakan dengan sabun mandian yang dicampur dengan minyak urut atau minyak
essential oil yang menenangkan dan mengurangkan stress
untuk ibu-ibu berpantang seperti minyak pati lavender.
IDEA 9: MEMBUAT DAN MENJUAL SET RAWATAN SPA
Rawatan spa ialah perkhidmatan yang disediakan oleh spa.
Anda juga boleh menyediakan set rawatan spa untuk digunakan oleh pelanggan anda
di rumah.
Anda boleh membuat dan membungkus produk dalam pek kecil dengan arahan tentang
cara penggunaan. Anda boleh membuat
sabun menggunakan bahan dari minyak essential oil dengan haruman herba dan
bunga-bungaan. Disertakan dengan garam scrub dan minyak urutan aromaterapi.
IDEA 10: MENGHASILKAN SABUN DOORGIFT MAJLIS KANAK-KANAK
Anda boleh menghasilkan sabun yang sesuai dengan kanak-kanak. Sabun perlulah mempunyai bentuk, warna dan haruman yang boleh menarik perhatian kanak-kanak. Boleh juga diletakkan mainan dalam sabun
IDEA 11: MENGHASILKAN SABUN DOORGIFT UNTUK MAJLIS
PERKAHWINAN
Ramai yang mencari produk unik untuk dijadikan doorgift.
Sabun homemade merupakan antara produk yang praktikal dan sesuai dijadikan
doorgift kerana anda boleh membuat pelbagai bentuk, warna dan haruman mengikut
tema majlis. Anda juga boleh mempromosikan bisnes anda secara percuma.
Pastikan anda meletakkan info dan no telefon pada label sabun anda untuk mereka hubungi anda. Ini kerana setiap tetamu majlis yang datang berpotensi menjadi pelanggan anda sekiranya mereka suka dengan sabun yang anda hasilkan itu.
IDEA 12: MEMBUAT DAN MEMBEKALKAN SABUN BERSAIZ MINI UNTUK HOMESTAY/HOTEL
Banyak hotel & pemilik homestay kini mencari kelainan untuk mempromosikan tempat mereka. Antaranya adalah dengan menyediakan sabun mandian yang lain dari kebiasaan. Contohnya sabun haruman spa atau sabun natural berasaskan bahan organik yang boleh menawan hati tetamu mereka. Anda juga boleh menghasilkan sabun mini lengkap dengan pembungkusan yang mencetak info dan nama hotel /homestay tersebut
Bagaimana?
Anda sudah dapat idea tentang bisnes sabun yang boleh
anda jalankan dari rumah? Nak tau lagi 9 idea yang lebih mudah nak mula buat sabun handmade ? Berminat untuk belajar cara membuat sabun?
Anda boleh baca selanjut nya dengan menekan link di bawah :-
0 Comments