5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mula Menjual
Produk Di Lazada..
Pada hari ini, semakin ramai yang mula menjual produk dan perkhidmatan secara
online kerana model bisnes ini mudah diuruskan serta tidak memerlukan kos yang
banyak..
Antara satu cara bisnes online yang paling popular hari ini
ialah dengan menjual produk di laman web marketplace online seperti Lazada..
Boleh dikatakan hampir setiap bisnes offline dah mula
menjual produk di Lazada kerana ianya mempunyai pasaran yang sangat luas, mudah
untuk mendapatkan pembeli, semua pembelian diuruskan secara automatik DAN
paling penting.. TIDAK PERLUKAN SEBARANG KOS!
Bayangkanlah kawan saya seorang penuntut di IPTS mampu
menjana minimum RM100 sehari dengan hanya menjual pakaian di Lazada.. Kalau 30
hari dapat jualan konsisten begitu, beliau mampu menjana keuntungan lebih
RM3,000 secara part-time sahaja..
RM3,000 ini hanya untuk jualan hari biasa sahaja.. Kalau
tiba jualan istimewa seperti jualan 11/11 atau 12/12, jualan tersebut mampu
mencapai 5 angka dalam masa sehari sahaja.. Ianya sangat berbaloi-baloi!
Jika anda seorang peniaga offline dan mempunyai banyak stok
produk di tangan, saya sangat sarankan anda mula menjual produk anda di
Lazada.. Ini kerana anda pasti mampu menjualnya dengan mudah & pantas
secara online tanpa keluarkan sebarang kos lain..
Tapi sebelum anda mula nak menjual di Lazada, anda perlu
tahu 5 perkara yang penting ini agar anda tidak tertanya-tanya di kemudian
hari..
#1 - Anda sebenarnya tidak perlu mengeluarkan sebarang kos
atau bayaran pun untuk mula menjual produk anda di Lazada.
#2 - Pihak Lazada akan mengenakan caj sekitar 2% daripada
jumlah harga produk anda HANYA JIKA ianya berjaya dijual dan sampai ke tangan
pelanggan.
#3 - Pihak Lazada akan membayar semua jumlah keuntungan
hasil jualan produk - 2 kali setiap bulan.
#4 - Para pembeli di Lazada boleh membayar produk anda
secara online banking ataupun secara offline termasuk pembayaran di 7 Eleven
mahupun secara COD (Cash On Delivery).
#5 - Semua jenis barangan boleh dijual di Lazada KECUALI:
- Senjata, bahan kimia, atau bahan toksik merbahaya
- Gambar, video mahupun game yang lucah dan tidak senonoh
- Jenis barang yang berkaitan mencetuskan perbalahan agama
atau politik
- Perisian yang cetak rompak atau merbahaya
- Peralatan telekomunikasi yang tidak selamat untuk
digunakan.
"Dah faham serba sedikit tentang Lazada dan hati anda
mula berkobar-kobar mahu menjual di Lazada sekarang juga?"
Rileks dulu.. Seperti platform lain, anda perlukan ilmu yang
lengkap untuk memastikan anda mampu menjual produk anda dengan lancar di Lazada
TANPA alami sebarang kerugian mahupun pembaziran masa dan tenaga..
Baru-baru ini saya terjumpa sebuah ebook lengkap yang
mengajar saya tentang cara membina bisnes SERTA mempromosikan produk dengan
lebih berkesan di Lazada dari A sampai Z.. 9/10 daripada pembeli ebook ini
telah berjaya menjana minimum 4 angka sebulan di Lazada!
Saya sangat yakin ebook yang bertajuk "Panduan BisnesLazada" ini mampu membantu anda membina bisnes dengan lebih berjaya di
internet serta mampu menjual produk dengan lebih mudah & pantas tanpa
keluarkan sebarang kos tambahan..
Ebook yang ditulis oleh seorang peniaga yang berpengalaman
lebih 5 tahun menjual secara online di Lazada dan telah berjaya menjana
keuntungan lebih 5 angka sebulan.. Ebook ini ditulis hasil daripada pengalaman
beliau membina bisnes dari kosong di Lazada..
Antara ilmu yang bakal anda pelajari ialah:
- Cara mendaftar di Lazada dari A sampai Z
- Cara listing produk dengan lebih berkesan
- Cara proses order yang masuk dengan lebih lancar
- Cara terbaik menyelesaikan pelbagai masalah pelanggan
- Cara promosikan produk anda dengan lebih berkesan di
Lazada
- Cara membina lazada store yang mengancam & cara mudah
mempromosikannya di internet
- Cara mencari stok tambahan yang murah & berkualiti
untuk dijual di Lazada
Dengan ilmu lengkap yang dibekalkan dari ebook ini, anda pasti mampu menjual produk anda dengan lebih lancar dan mampu menjana keuntungan lumayan hanya dengan menjalankan bisnes anda di Lazada..
Kini menjana pendapatan online daripada bisnes offline anda
adalah tidak mustahil.. Ianya terbukti sangat mudah, pantas dan menguntungkan
anda!
Jom mula belajar cara sebenar memulakan bisnes online
di Lazada hari ini juga.. Semuanya yang anda perlukan ada di:
0 Comments