Salam Sejahtera.
Usahawan Homestay | Pengusaha Homestay | Yang Menjalankan Bisnes Homestay | Usahawan Yang Buat Urusniaga Homestay |Khas untuk anda yang ingin menceburi bisnes homestay | Kepada anda yang dah buat bisnes homestay tetapi masih kurang mendapat sambutan serta tercari-cari cara yang tepat mengurus dan mempromosikan homestay .
Nampak mudah tapi perkara di bawah
antara pelaris kepada bisnes homestay
anda. Yang terakhir itu sangat
PENTING...
JAGA KUALITI DAN TAHAP KEBERSIHAN
Jaga tahap
kebersihan homestay anda, jangan nampakan sampah kecil atau besar walaupun
seurat rambut. Dua elemen ini adalah faktor utama yang memberi kepuasan kepada
pelanggan yang menginap. Bayangkan jika seseorang menginap di homestay anda
untuk pertama kalinya untuk bercuti. Sekiranya mereka mendapati homestay anda
kotor dan tidak dicuci dengan sempurna, sudah tentu ini akan merosakkan mood
percutian mereka. Anda rasa adakah mereka akan kembali untuk menginap? Sudah
pasti tidak!
Malah lebih buruk lagi, jika mereka mem’viral’kan tentang kekotoran homestay anda di media-media sosial. Oleh itu, sentiasa pastikan dua elemen ini dijaga dengan baik.
UNSUR-UNSUR
KREDIBILITI
Sesetengah
OTA (Online Travel Agency) memberi pengiktirafan kepada host yang mendapat rating
yang tinggi daripada pelanggan. Antaranya Airbnb Menganugerahkan gelaran Superhost kepada host yang
menepati syarat-syarat kelayakan. Tripadvisor pula menganugerahkan Traveller’s
Award kepada
pengusaha
homestay yang mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Anda disyorkan untuk mendapatkan
anugerah-anugerah seperti ini bagi meningkatkan kredibiliti homestay anda.
PENYEDIAAN SNEK DAN MINUMAN SECARA PERCUMA
Pelanggan akan merasa dihargai jika mendapati terdapat snek dan minuman disediakan untuk mereka sebaik sahaja melangkah masuk ke homestay anda. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk penyediaan snek dan minuman. Beli secara pukal di pasaraya atau hypermarket bagi mengurangkan kos. Nilai tambah ini akan membuatkan pelanggan berasa sangat gembira dan dihargai.
POST
MORTEM
Sentiasa
membuat post morterm tahap kelebihan dan kekurangan homestay anda, seperti menambahkan
idea baru atau added-value ke dalam homestay anda. Borang maklumbalas yang anda
berikan kepada penginap anda adalah sangat penting untuk perkara ini. Baca
setiap maklumbalas yang mereka berikan. Sedikit sahaja kelainan yang boleh anda
tonjolkan berbanding dengan pesaing anda, walaupun sekecil 10% sahaja, ianya
mampu memberikan impak yang besar.
VOUCHER DISKAUN
Untuk membuatkan pelanggan anda rasa dihargai, anda boleh menyediakan voucher diskaun kepada pelanggan ulangan anda kerana mereka adalah prospek pelanggan yang tinggi. Ini adalah kerana mereka telah merasai keselesaan menginap di homestay anda dan tentunya dengan memberi voucher tersebut, akan menjadi daya penarik untuk mereka kembali menginap di homestay anda.
JAGA
HUBUNGAN DENGAN PEMBERI REZEKI
Harta dan
kekayaan yang kita miliki adalah milik Allah, harta milik Allah harus digunakan
untuk mendekatkan diri kepada sang pencipta supaya memberi manfaat kepada kita
di dunia mahu pun di akhirat. Salah satu caranya adalah dengan bersedekah.
Betulkah sedekah boleh menderaskan rezeki?
Jawapan
saya adalah YA dan YA!
Rakan saya
kongsikan kisah beliau dalam menguruskan
homestay. Beliau pernah mengalami kekosongan tempahan menyebabkan beliau mengalami kerugian dan kekurangan profit, dan
apabila di kaji balik baru beliau sedar
, walaupun semua teknik marketing telah di lakukan dengan baik dan sempurna,
Anda boleh ikuti pengalaman beliau di dalam naskah melalui link di bawah :-
0 Comments