Darah daging bertukar musuh
akibat harta!
.
Isu harta pusaka sering
timbul dalam sesebuah keluarga. Lebih-lebih lagi jika wasiat tidak sempat
diuruskan sehinggalah ibu bapa meninggal dunia.
.
Kebanyakannya tidak
berkesudahan dengan baik.
.
Perebutan dan pergaduhan
tetap berlaku sesama waris. Adik-beradik berpecah belah, bergaduh dan putus
saudara hanya kerana harta pusaka peninggalan ibu ayah. Itu realitinya.
.
Hari ini, saya kongsikan
kisah adik beradik suami Anisah (bukan nama sebenar) yang berebut tanah
sekangkang kera milik arwah bapa mereka di kampung.
.
Cerita Anisah, bukan mudah
mencapai kata sepakat dalam adik beradik.
.
Walau dilahir dari rahim
yang sama, perangai dan sikap berbeza-beza. Ada yang mudah mengalah, ada yang
kuat merajuk, ada yang suka menguasai dan macam-macam perangai lagi.
.
Tapi dalam kebanyakan kes,
kata Anisah, berebutkan harta menjadi punca putusnya ikatan persaudaraan.
.
Itulah yang berlaku kepada
suaminya, Azizi (bukan nama sebenar) yang disisih saudara kandung kerana
berebut harta pusaka.
.
Azizi merupakan anak bongsu
daripada enam beradik. Dia mempunyai tiga orang abang dan dua kakak.
.
Masing-masing sudah
berkeluarga dan tinggal di Kuala Lumpur.
.
Semasa hidup, bapa Azizi
pernah menyampaikan hasrat di hadapan enam anaknya untuk menyerahkan tapak dan
rumah yang diduduki kepada Azizi.
.
Ketika itu, tiada sebarang
bantahan daripada adik-beradik suaminya. Anisah sendiri menjadi saksi ketika
bapa mentuanya menyampaikan amanat itu.
.
Berbanding abang-abang dan
kakak-kakaknya, Azizi banyak mengurus dan menjaga bapa selepas kematian ibu
mereka.
.
Selepas menamatkan pengajian
di salah sebuah universiti tempatan dalam bidang perniagaan, Azizi mengambil keputusan
pulang ke kampung atas permintaan bapanya.
.
Bapanya yang semakin uzur
ketika itu mahu Azizi menguruskan kedai runcit yang diusahakan selama ini.
.
Anisah yang ketika itu
bertugas di sekolah rendah di kampung itu, secara tidak sengaja melihat Azizi.
.
Mereka seterusnya jatuh
cinta pada pandangan pertama.
.
Setelah hampir tiga bulan
mengenali hati budi, mereka sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Anisah
bersetuju tinggal bersama Azizi dan bapa mentuanya.
.
Sepanjang tempoh lima tahun
hidup berumahtangga, Anisah dapat melihat sisi lain Azizi.
.
Azizi bukan sahaja seorang
suami dan bapa yang penyayang kepada dua anak mereka, bahkan juga kepada
bapanya.
.
Abang-abang dan
kakak-kakaknya jarang pulang ke kampung.
.
Hanya pada hari raya sahaja.
Jika pulang pun mereka tinggal di hotel di pekan berhampiran.
.
Pada awalnya Anisah tidak
perasan mengenai sikap abang dan kakak suaminya yang bermulut manis di hadapan
bapa mereka.
.
Sehinggalah pada satu hari
dia terdengar perbualan antara abang iparnya yang tidak berpuas hati tentang
hasrat bapa mereka menyerahkan tapak dan rumah di kampung kepada suaminya.
.
Disebabkan enggan
menimbulkan perbalahan sesama adik-beradik, Anisah mengambil sikap berdiam
diri.
.
Sebelum itu, Anisah pernah
menasihatkan Azizi agar pembahagian harta diuruskan ketika bapanya masih hidup.
.
Namun Azizi menolaknya
dengan alasan percaya kepada darah daging sendiri.
.
Sehinggalah bapa mentuanya
menghembuskan nafas terakhir pada pertengahan Januari tahun lalu.
.
Sangkaan Anisah memang tepat.
Kubur bapa mentua masih merah, adik-beradik suaminya berebut harta.
.
Abang-abang dan kakak-kakak
suaminya mendakwa apa yang diwasiatkan bapa mereka sebelum ini tidak sah.
.
Mereka tetap mahu harta
pusaka bapa mereka dibahagikan mengikut faraid.
.
Suami Anisah tidak membantah
kerana percaya kaedah pembahagian harta pusaka secara faraid adalah paling
baik.
.
Ini kerana kaedah ini
menetapkan siapakah waris yang layak dan berapakah bahagian yang diperoleh
setiap seorang secara khusus.
.
Azizi berharap sebaik semua
mendapat bahagian masing-masing, hubungan mereka adik beradik kembali pulih.
.
Anisah mengakui suaminya
mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik.
.
Azizi enggan memanjangkan
perkara tersebut kerana tidak mahu silaturahim dengan saudara kandungnya
terputus.
.
Hanya disebabkan harta tidak
seberapa itu, Azizi tidak mahu mereka adik-beradik terus bergaduh dan bermasam
muka.
.
Bagi Azizi, masih belum
terlambat untuk dia mengubah situasi itu kembali mengeratkan silaturahim yang
terputus sejak kematian bapa mereka.
.
Islam sendiri sangat
mementingkan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama ahli keluarga malah sesama
manusia.
.
Daripada Anas bin Malik
bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang ingin dilapangkan baginya
rezeki dan dipanjangkan untuknya umur, hendaklah dia menyambung silaturahim.
(Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557).
.
Begitulah pentingnya bagi
kita menjaga silaturahim dalam Islam, malah Allah menjanjikan ganjaran besar
untuk orang yang sentiasa menjaga hubungan itu.
.
Cerita ini diceritakan oleh seorang
bekas wartawan meja Keluarga, Utusan
Malaysia.
.
Perkara seperti yang berlaku
pada Azizi pada dasarnya kita semua dapat dielakkan dengan ada ilmu dan
pemahaman tentang wasiat dan hibah.
.
Nak belajar dengan betul dan
buat sendiri pelbagai jenis surat wasiat dan hibah serta tentang harta
sepencarian, dapatkan Ebook dari Ustaz Ghazali Ibrahim di sini:
0 Comments