KENAPA NAK BOOKING DAN STAY DI HOMESTAY ? HOTEL KAN ADA!!!

 


Tahu  kah anda  sudah menjadi  satu trend  di majlis majlis perkahwinan, rombongan sebelah sana kurang nak bersanggah di rumah sedara mara tuan rumah.. Mereka pilih stay di HOMESTAY.

Kenapa Ye ?  Sebab  mereka tak nak menyusahkan  tuan rumah  .  Dahlah  sedara mara sibuk dengan majlis yang berlansung, ni nak kena uruskan  rombongan pula.  Lagi pun, rombongan  rasa selesa  nak berehat dan relax setelah kepenatan  di majlis  tersebut.

Tahukah anda  di musim perayaan terutama menjelang hari raya, even balik kampung pun, anak cucu  dah mula nak stay di HOMESTAY... tak nak lagi nak berhimpun  di rumah orang tua..

Kenapa  Ye ?  Sebab  anak cucu tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang dah berusia  bersusah payah dan kelam kabut menyediakan bilik dan memikirkan menu makanan/juadah yang nak di buat.  Memang lah kurang meriah  tetapi masih ada  lagi  kemeriahan nya .

Sewa HOMESTAY  pun untuk  bermalam dan  berehat buat seketika ajer. Keluasan rumah sekarang tak saperti dulu... Maka  jika semua nya  berkumpul dan bermalam di rumah ibu bapa, kan agak sempit. Apatah lagi semenjak  Pandemik ni,  adalah lebih baik  pendekkan  masa berkumpul dalam keadaan sesak.

Ada  banyak lagi sebab kenapa  HOMESTAY  menjadi pilihan sekarang.  

Kalau anda nak tau,  banyak homestay telah di bina bukan hanya di bandar bandar utama , di kawasan kawasan pinggir bandar dan juga di kawasan kampung  dah ada homestay. Cantik cantik belaka... Memang selesa lah  kalau dapat bermalam di HOMESTAY  yang dikeliling  rimbunan pokok pokok yang menghijau sambil hirup udara segar .

Antara kita sedar ataupun tidak, ramai juga pengusaha yang dah mula membina  HOMESTAY di tanah tanah mereka  yang sedia ada... Ada yang  mula mencari tanah dan membina beberapa  unit  homestay untuk di sewakan. Tak kurang juga yang membeli rumah rumah di kawasan perumahan untuk di jadikan homestay..

Kenapa  mereka pilih  untuk buat bisnes HOMESTAY..  baca selanjutnya... kisah mereka yang dah pun  berkecimpung di dalam bisnes ini... Baca ye... mungkin ada peluang terbuka untuk anda turut sama...

Baca di sini  :-    KENAPA RAMAI YANG MULA BUAT BISNES HOMESTAY

Post a Comment

0 Comments